Jumaat, 25 Mac 2011

THE TRUTH STORY...

Seorang perempuan yang berumur 7 tahun dan bersekolah ditempat tinggalnya. Dia mempunyai seorang rakan yang baik. Mereka sangat rapat sehinggakan cikgu-cikgu disekolah tersebut menggelarkan mereka seperti belangkas. Dimana ada si A disitu ade si B. Tetapi mereka hanya rapat sampai darjah tiga sahaja kerana si B terpaksa berpindah ikut keluarga. Dengan hati yang berat terpaksa si A merelakan pemergiaan si B. Sejak dari itu, si A tidak mempunyai rakan yang tetap atau rakan yang baik. Jikalau ada pun hanya bertahan 2-3 bulan sahaja. Sehingga kini si A sudah dewasa tidak mempunyai rakan baik seperti rakan baiknya 11 tahun yang lalu.

Ada suatu ketika si A mendapat kawan yang sangat baik tetapi hanya berkekalan 4 bulan sahaja. Kawannya itu menganggap si A tidak penting kepada dirinya sedangkan jika ada masalah dia selalu merujuk kepada si A. Si A berasa amat kecewa dan menganggap ianya suatu ujian dari ALLAH. Kini si A berdiri sendiri dan tiada semangat dari kawan-kawan. Kadang kala si A berasa cemburu apabila melihat kawan-kawan sekolahnya begitu rapat antara satu sama lain tetapi si A hanya melukut di tepi gantang.

p/s :: kepada yang mempunyai rakan baik, hargailah mereka.jgn lupakan mereka setelah anda berjaya.dan jgn hina dia jika dia membuat kesalahan.renung-renungkan lah selamat munasabah diri....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan