Sabtu, 19 Mac 2011

REKA CERITA

Ada seorang perempuan duduk di tepi kedai runcit dan sambil meminta sedekah untuk membeli makanan. Tiba-tiba datang seorang  jejaka yang baik hati memberi wang kepada perempuan itu. Wang diberikan sanagt besar jumlahnya. Sehinggakan  perempuan itu ingin memulangkannya kembali tetapi  jejaka tersebut menolak dengan baik.
Beberapa hari kemudia, jejaka tersebut datang semula untuk berjumpa dengan perempuan itu. Perempuan itu agak terkejut kerana selama dia meminta sedekah tiada siapa pun yang ingin mengabil berat tentangnya tetapi jejaka ini berbeza sekali. Rupa-rupanya jejaka itu ingin  menawarkan pekerjaan kepada perempuan itu kerana tidak sanggup melihat seorang perempuan yang masih muda meminta sedekah tepi  jalan. Pekerjaan yang ditawarkan tidaklah sehebat mana cuma dia menjadi setiausaha kepada jejaka tersebut kerana setiausahanya yang lama sudah beralih ke pengurusan yang lain. Sejak dari itu kehidupan perempuan tersebut sempurna daripada dahulu. Akhirnya perempuan itu telah dilamar oleh jejaka yang menolongnya suatu ketika dahulu untuk mejadi seorang suri hatinya selama-lamanya.
p/s:: ayat agak tonggang terbalik.....sorryyyyyyyy

Tiada ulasan:

Catat Ulasan