sambungan citer semalam.....
setelah rakan baikku itu mendapat teman/pacar aku pun dengan rasa kesepian membawa diri sebentar untuk mencari ketenangan yang selama ini aku aku cari. Aku bercadang ingin menghabiskan masa cuti tahunan aku untuk pergi kesebuah pulau yang nyaman dan tanpa ada pencemaran yang tidak diundang. Aku pun search dekat internet. Tidak lama lepas itu aku pun dapat idea untuk pergi kesatu pulau yang tiada pun sorang yang tahu.aku pun pergi membuat tempahan tiket kapal terbang untuk pergi ke pulau tersebut kerana pulau tersebut jauh dari kuala lumpur. Selepas aku membuat tempahan tersebut aku pun pergi bersiap-siap untuk berangkat ke pulau itu dengan membawa hati yang sunyi sepi. Sampai jew di pulau tersebut aku disambut oleh pihak challet yang begitu peramah. Aku bercuti dipulau itu selama satu minggu. Disitu aku mendapat layanan yang sangat mesra dan baik. Tidak pernah aku merasakan sebegini sewaktu aku berada di kuala lumpur. Aku dengan keluarga empunya challet itu sungguh rapat sepertinya kami pernah berjumpa tetapi itulah kali pertama aku bertemu mereka. Sedang aku melayankan perasaan ketenangan di tepi pantai aku telah didatangi oleh seorang pengunjung challet itu. Dia menegurku seperti aku dan dia sudah kenal lama.Dalam tidak sedar rupa-rupanya orang yang menegurku itu adalah abang aku sendiri dimana orang yang aku mencari selama ini. Aku dan abang ku telah berpisah disebabkan konflik keluarga. Mama dan papa tiada lagi bersama oleh itu mama ambil keputusan untuk membawa aku pergi dan meninggalkan abang dan papa. Memang sudah lama aku mencari papa dan abang tetapi tidak pernah berhasil. Tetapi kini Allah telah menjumpakan aku dengan abang yang selama ini ku mencari. Aku bertanyakan tentang papa tiba-tiba air mata abang jatuh. Aku berasa hairan sebab apa abang menangis setiap kali aku mengajukan pertanyaan tentang papa. Rupa-rupanya papa ku telah mengahadap Tuhan terlebih dahulu disebabkan sakit jantung. Selepas pertemuan itu, aku dan abang tidak akan berpisah lagi kerana kami saling memerlukan walaupun bertahun-tahun berpisah. Aku sangat gembira kerana dapat berjumpa semula dengan abang. Aku rasa inilah kenangan aku yang paling tidak dapat lupa kan.
p/s::hanya rekaan semata-mata tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun mati..sekian terima kasih...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan